KAYAK 2021
KUMPULAN 5,2021
1.0PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kayak adalah bot didayung oleh manusia.Ia dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuitatau Eskimo.Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot manusia/lelaki".Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu diselitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut.Kayak asal ini digunakan untuk memburu dilautan lepas Lautan Artik.
Selain itu,kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua belah.Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan.Kemudian,bahagian atas kayak ditutup dengan geladak.Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan atau spraydeck.Sekiranya kayak terbalik,kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air. Pergerakan ini dikenali sebagai gulingan Eskimo (Eskimo Roll).
Pada zaman yang serba moden ini, kayak telah dimajukan lebih lanjut lagi iaitu dengan menjadi beberapa jenis termasuk berkayak di air putih (whitewater kayaking),surfing, kayak laut, perlumbaan air tenang, berkanoe slalom, polo kanoe dan riadah.Kayak moden diperbuat daripada plastik, fiberglass, kevlar, serat karbon, kanvas atau kayu.Kini,terdapat juga bot kayak yang boleh dinaiki untuk seorang atau dua orang.
1.2 Sejarah Perkembangan Kayak Global
Penghuni-huni artik pula mempunyai sumber kayu yang terhad namun begitu mereka memiliki banyak sumber kulit dan tulang dari ikan paus dan anjing laut.Oleh itu,mereka membina kerangka kanu dari kayu atau tulang binatang dan disaluti dengan kulit binatang.
Kenderaan ini dinamakan inuit ataupun Kayak Eskimo.Ketiga-tiga
situasi ini telah melahirkan pelbagai reka bentuk kanu.Sehingga kini,kebanyakan
kayak dan kanu yang digunakan masih lagi mengekalkan ciri-ciri di atas.Namun
begitu,seiring dengan perkembangan teknologi,terdapat beberapa perubahan
drastic dari segi bahan,saiz dan berat serta bilangan pendayungnya.
1.3 Sejarah Perkembangan Kayak Moden
1.4 Perkembangan Kayak di Malaysia
Di Malaysia, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia.Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan pedagangan.Antara kanu yang mula-mula digunakan ialah sampan kotak, perahu dan kolek.Sejarah kayak moden pula bermula sekitar tahun 1960 an.Ia diperkenalkan oleh pelaut British yang berpusat di Woodlands, Singapura.Namun begitu,ia tidak popular dikalangan umum kerana kegiatannya hanya bertumpu dikalangan anggota tentera dan kakitangan kanan kerajaan sahaja.Selain itu,aktiviti berkayak pada masa itu juga dipraktikan dimaktab-maktab perguruan di seluruh negara.Guru-guru yang mengikuti kursus Pendidikan Jasmani pada masa itu telah membina beberapa unit kayak kanvas dan menjalankan pelbagai ekspidisi kayak di seluruh negara.
Sekitar tahun 1970 Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara.Aktiviti tumpuannya ialah ekspidisi dan pertandingan.Antara kejohanan yang telah dianjurkan ialah Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang dan Kejohanan Mengelilingi Pulau Pinang.Pada tahun 1980, ‘Penang Canoe and Recreation Club’ telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kanu pertama ditubuhkan diMalaysia.Namun begitu, aktiviti hanya tertumpu di sekitar Pulau Pinang dan tidak berkembang menyeluruh ke serataMalaysia.Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah berusaha merangsang kegiatan kayak di seluruhMalaysia.Program Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini.Bantuan kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan ke seluruh negara.Aktiviti ekspedisi merupakan tumpuan utamanya.
Aktiviti kayak telah tercatat dalam lembaran sejarah negara pada tahun 1988 apabila buat pertama kalinya dua orang anak Malaysia telah berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia menggunakan kayak solo.Pengembaraan sejauh 1846 km telah mengambil masa selama 63 hari.Kejayaan ekspedisi ini telah menjana lagi perkembangan aktiviti kayak negara.Cabaran-cabaran kayak telah dipertingkatkan lagi sehingga terlaksananya ekspedisi-ekspedisi merentas lautan antarabangsa seperti Ekspedisi Kayak Nusantara Johor ke Riau, Ekspedisi Kayak Antarabangsa Johoe-Surabaya-Bali dan Ekspedisi Kayak Antarabangsa Merentas Selat Inggeris.Ekspedisi-ekspedisi yang telah dijalankan ini telah mengharumkan nama negara dan membuktikan kemampuan anak bangsa.
Acara pertandingan kanu pula diperkenalkan seawal tahun 1980 an di PulauPinang. Pada tahun 1990, Persatuan Kanu Kuala Lumpur telah menganjurkan Regatta Kanu Kebangsaan yang pertama di Tasik Titiwangsa.Persatuan Rekreasi Wilayah Persekutuan (PERWIP) pula telah menganjurkan pertandingan kayak arus deras di Taman Negara.Tahun 1992 mencatat sejarah dalam perkembangan pertandingan kayak negara apabila acara kayak telah dipertandingkan buat pertama kalinya di Sukan Malaysia Ke empat di Johor Bharu. Acara menuruni jeram dan salom telah diperkenalkan pada tahun 1994 dalam Kejohanan ‘War On Water’ di Jeram Besu,manakalan acara kanu polo pula telah diperkenalkan pada tahun 1995.Seiring dengan perkembangan aktiviti berkayak sebagai satu displin sukan ,atli-atlit kayak Malaysia telah mencapai beberapa kejayaan gemilang di peringkat antarabangsa. Aziz bin Ahmad dari Johor telah memenangi pingat gangsa dalam acara TK1 1000m di Kejohanan Kanu Asia Jepun pada tahun 1991.Bidang slalom pula mencatat sejarah apabila Salehuddin Ayob telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1996 di Atlanta,Skuad Kayak Sukan SEA 1997 ke Jakarta telah merangkul 3 pingat gangsa melalui penampilan pertama mereka di arena Sukan SEA.
Aktiviti berkayak juga aktif dijalankan di institusi pendidikan tinggi dan maktab perguruan.Kurikulum Pendidikan Luar telah menyenaraikan kegiatan berkayak sebagai salah satu aktiviti utamanya.Ia juga dijadikan salah satu aktiviti kokurikulum.Antara universiti yang bergiat menjalankan aktiviti berkayak ialah Universiti Teknologi Malaysia,Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA,Universiti Islam Antarbangsa dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.Pada tahun 1999, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mencatatkan sejarah apabila menjadi universiti pertama di Asia memperkenalkan silibus Kayak Arus Deras di dalam kurikulumnya.
2 PERBEZAAN
KAYAK DAN KANU
2.1 Definisi Kanu
Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan air sebagai medium utamanya serta digerakandengan menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam.Kanu juga merupakan bot yang ringan.Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka,menggunakan satu bilahmata dayung dan di dayung secara berlulut.Contoh kanu ialah sampan yang digunakan oleh kaum Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek moyang kita.Kanu digunakan untuk tujuan yang berbeza; aktiviti rekreasi, perlumbaan, kanu air putih, lawatan adalah beberapa tujuan ini.Struktur reka bentuk juga mungkin bergantung pada tujuannya.Kanu biasanya boleh membawa lebih ramai orang daripada kayak.
2.2
Perbezaan Kanu dan Kayak
BIL. |
PERBEZAAN |
||
KAYAK |
KANU |
||
1. |
Kayak merupakan pecahan daripada keluarga kanu. |
Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan air sebagai medium
utamanya serta digerakkan dengan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam. |
|
2. |
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup. |
Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka. |
|
3. |
Kayak dikayuh menggunakan dua bilah mata dayung di sebelah kiri dan
kanan. |
Bilah kanu dikayuh dengan menggunakan satu bilah mata dayung. |
|
4. |
Untuk menunggang kayak, bilah perlu di dayung dengan duduk secara
berlunjur. |
Semasa menunggang kanu pula, bilah perlu di dayung secara duduk
berlutut. |
|
5. |
Bilah senang dan cepat untuk dikawal kerana bilah boleh terus di
dayung tanpa dialihkan ke kiri ata ke kanan. |
Susah dikawal sedikit kerana bilah perlu diaihkan ke kanan ata ke kiri
untuk mendayung. |
|
6. |
Bilah di dayung menggunakan kedua-dua belah tangan pada kanan dan kiri
kayak pada satu-satu masa. |
Kanu menggunakan kedua-dua belah tangan untuk mendayung samada di kiri
atau kanan pada satu masa. |
|
7. |
Contoh: kayak polo |
Contoh: sampan |
|
2.3 Kategori
Kayak
Kayak
dibahagikan kepada 3 kelas utama berdasarkan bahagian bawahnya(hull):
1.
Mandesta (berbentuk V)
- Memudahkan kayak untuk memotong air dan bergerak dengan laju dalam
garisan lurus.
- Kemahiran imbangan yang tinggi diperlukan.
- Contoh: K1, K2, K4 (kayak pertandungan pecut)
2. Ottersport (berbentuk U)
- Berbentuk U ataupun rata. Amat stabil di semua situasi air dan
amat sesuai untuk mereka yang baru menceburkan diri dalam aktiviti kayak.
- Pergerakan yang amat perlahan dan haluannya mudah tersasar
disebabkan bahagian bawah yang rata mewujudkan daya heretan yang banyak serta
lebih mudah ditampan ombak atau arus berbanding kayak lain.
- Contoh: kayak rekreasi dan Touring Kayak (TK)
3. Slalom (berbentuk O)
- Bentuknya memudahkan kemahiran gulingan dilakukan. Kayak ini lebih mudah berpusing kerana rocker lebih tinggi berbanding kayak lain.
3.0 PERALATAN
3.1 Anatomi Kayak
Sebagaimana fizikal manusia, kayak mempunyai bahagian-bahagian yang penting dalam menentukan prestasinya.Secara amnya, semua kayak mempunyai bahagian-bahagian berikut namun berbeza dari segi saiz, bahan binaan dan bentuknya.Penerangan di bawah akan menerangkan fungsi setiap bahagian yang terdapat pada sesebuah kayak.
1. HALUAN & BURITAN (BOW & STERN)
Bow atau Haluan adalah bagian depan atau muncung dari Kayak yang bertujuan sebagai arah tujuan dan juga memecah ombak.Stern atau Buritan adalah muncung bagian belakang.Letak kedua ini kadang-kadang membingungkan bagi pemula, untuk lebih cepat mengenalnya, perhatikan arah tempat duduk kayak tersebut.
2. GUNWALE LINE / PAINTER LINE
Ini adalah bagian tepi/sisi kayak yang berfungsi sebagai penyeimbang bagi pendayung, apakah perahu yang dinaikkan itu sesuai dengan berat badannya atau tidak.Sisi kanan disebut dengan “starboard” dan sisi kiri disebut “portside”.
3. HULL
Ini adalah bahagian bawah kayak.Bentuknya berbeza
bergantung pada jenis kayak tersebut untuk apa digunakan.
4. DECK (Geladak)
Deck adalah bagian atas untuk melindungi kaki sehingga mudah untuk melakukan
teknik Eskimo Roll. Deck bagian depan disebut “foredeck” dan
dibelakang disebut “afterdeck”.
5. COCKPIT (Ruang Tempat Duduk)
Cockpit adalah ruangan yang letaknya ditengah-tengah antara dek depan dan dek
belakang, dan Cokpit ini merupakan ruangan untuk tempat duduk.
6.SEAT (Tempat Duduk)
Tempat duduk terletak didalam Cockpit, dan tempat duduk terbagi dalam beberapa
jenis yaitu Standar (bentuk dan ukuran tetap), tempat duduk sederhana (biasa
untuk kayak rekreasi), tempat duduk ketat (digunakan untuk di arus deras. dan
tempat duduk yang digunakan untuk pertandingan.
7. TOGGLE
Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat Kayak, letaknya diujung depan (Bow)
dan Belakang (Stern).
8. COAMING
Coaming adalah bahagian tepi kecil dan mengeliling cokcpit,yang berfungsi
sebagai penahan air untuk masuk ke dalam perahu dan juga untuk mengikat spray
cover.
9. KNEE BRACE
Letaknya dibawah Coaming yang berfungsi sebagai penahan lutut dan memberikan sanggahan
ke kaki supaya kaki pendayung lebih kuat terhadap perahu.
10. TOWLINE / DECKLINE
Ini adalah tali yang diikatkan di ujung kayak (bow) dan buritan kayak (stern).Berfungsi
sebagai tali penyelamat, menarik perahu (tunda).
11. KEEL
Terletak dibawah geladak belakang dan berfungsi sebagai kemudi.
12.BUOYANCY
Buoyancy adalah bahan apung yang terletak di bawah deck bagian depan (bow) dan
deck bagian belakang (stern) yang berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak
terbalik dan tidak mudah tenggelam.
13. FOOTREST
Footrest terletak di bagian foredeck berfungsi sebagai tempat letak kaki,
bentuknya terdiri dari bar (dipasang
pada sisi kiri dan kanan), paddle (hampir
sama dengan bar tetapi terpisah antara letak sebelahkiri dengan kanan), bulkhead (bentuk bulat rata dan terletak di bahagian
haluan (bow).
14. DECK
EYE/EYE CLEAT
Lubang untuk mengikat tali
(towline) yang terletak diatas geladak.
15. EYE PIT
Lubang yang terletak di ujung haluan (bow) dan buritan (stern) pada jenis
kayak-kayak tertentu.
16.HATCH
Lubang penutup yang terdapat di bagian depan dek dan belakang dek, yang
berfungsi sebagai tempat meletakkan barang, biasa digunakan untuk kayak jenis
ekspedisi atau Sea Kayak.
17. BACK STRAP
Back Strap berbentuk getah yang diletakkan pada bagian tempat duduk belakang,
berfungsi untuk memberikan keluasan pendayung untuk menyandar ke belakang
sewaktu mendayung dan sekaligus untuk melindungi keselamatan bagian belakang
pendayung.
Sebagaimana kayak, pendayung (paddle) juga mempunyai anatominya sendiri
yang berfungsi untuk melancarkan lagi pergerakan dayungan. Bahagiannya ialah:
1. BLADE (BILAH MATA DAYUNG)
Blade ialah kepingan yang berada di hujung batang
dayung.Ia berfungsi untuk mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan
pergerakan kayak.Ia juga mempunyai pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada
kegunaannya.
2. TIP (PELINDUNG MATA DAYUNG)
Tip ialah kepingan logam yang berada di hujung mata
dayung.Sesetengah dayung tiada logam.Ia berfungi melindungi mata dayung (blade)
daripada kerosakan akibat hentakan.
3. SHAFT/LOOM/BAR (BATANG TENGAH PENDAYUNG)
Ia terbentuk bulat dan lazimnya lurus.Ia
merupakan bahagian pemegang pendayung.
4. NECK (LEHER PENDAYUNG)
Bahagian pencantuman antara blade dan shaft.
5. DRIP RING (BULATAN GETAH)
Bahan yang diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan neck.Ia berfungsi untuk menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung.Tidak semua pendayung memiliki drip ring.
Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.
7. BACK OF
BALDE (BELAKANG DAYUNG)
Bahagian belakang muka dayung. Ia berbentuk cembung untuk memberi sokongan yang
kuat kepada mata dayung.
8. BAHAN BUATAN PENDAYUNG
Biasanya bahan untuk membuat Pendayung (blade) ini terdiri daripada pelbagai
jenis.Ini kerana setiap pendayung yang direka bergantung kepada dua elemen
penting iaitu prestasi dan kesesuaiannya berdasarkan aktiviti yang akan
dijalankan.
9. KEBANYAKANNYA PENDAYUNG INI DIPERBUAT DARIPADA:
-kayu
- Playwood (kayu
lapis)
-Fibreglass (gantian kaca)
-Carbon/kevlar
-Plastik
Ruangan yang terletak di
tengah-tengah kayak dan diantara foredeck dan aftdeck. Ia merupakan kawasan di
mana pendayung duduk di dalamnya.Bahagian hadapan dan belakang boleh ditentukan
dengan melihat kepada bahagian cockpit. Bahagian hadapannyaberbentuk lebih kecil
berbanding bahagian belakang.Tempat duduk kayak yang terdapat dalam cockpit
pula selalunya hampir dengan bahagian belakang cockpit.
3.4 Jaket Keselamatan
Jaket
keselamatan dan Buoyancy Aid merupakan peralatan keselamatan yang paling penting ketika
kita berada dalam air mahupun ketika kita membuat aktiviti air.Kita tidak
seharusnya membuat aktiviti air tanpa menggunakan jaket keselamatan
kerana ia mungkin akan mendatangkan risiko.
Kedua-dua peralatan ini mempunyai fungsi yang sama.Namun, prestasi dan cara penggunaannya adalah berbeza.Para pendayung seharusnya mengetahui perbezaan ini bagi menentukan bahan apungan keselamatan yang paling ideal bagi setiap aktiviti.
Perbezaan Jaket Keselamatan |
Buoyancy Aid. |
Jaket pula ialah bahan
bantuan apungan yang disarungkan ke bahagian badan melalui kepala yang
menggunakan bahan apungan luaran seperti udara ataupun gas. |
Ia berbentuk seperti vest dan dilengkapi dengan
tali pinggang.Bouyancy Aid diperbuat daripada sejenis getah kalis air yang
lembut.Ketika di air, ia akan membuatkan kita terapung secara menegak. |
Ketika di air ia boleh
mengapungkan kita dalam kedudukan 45 darjah menegak dalam jangka masa 72
jam. |
Buoyancy Aid ini hanya
boleh bertahan dalam jangka masa yang pendek |
|
|
3.6 Pakaian
Berkayak hendaklah menggunakan pakaian yang
sesuai dan selesa semasa melakukan aktivit tersebut, contohnya;
-wet suit
-pakaian renang selam
3.7 Kasut Air (Booties)
Merupakan kasut yang dipakai semasa berkayak.Tidak sesuai untuk memakai kasut biasa atau
selipar sewaktu berkayak.Booties bertujuan melindungi kaki dari terpijak benda tajam di dalam air.
3.8 Senarai Peralatan Berkayak
Antara senarai perlatan
berkayak ialah:
Kayak: Kayak Whitewater berbeza daripada Sea or Touring kayaks.Jenis kayak yang anda pilih bergantung sepenuhnya pada jenis paddle yang ingin anda
lakukan dan tahap paddler anda.
Wisel: Apabila anda menghadapi
masalah semasa berada di atas air, hampir mustahil untuk berteriak.
Jaket Keselamatan: Dipakai dibahagian badan
bagi tujuan mengapungkan si pemakai apabila berada di dalam air.Merupakan
bahagian yang penting sekali dalam membuat aktiviti berasaskan air.Tak kira
anda bijak atau cekap dalam berenang, anda diwajibkan memakai jaket ini apabila
berada di air.
Pisau: Ini adalah salah satu
barangan yang anda mungkin tidak akan pernah menggunakan.Sekiranya anda
tersangkut pada tali atau tersangkut di bawah rakit, anda boleh menggunakan
pisau untuk menyelesaikan masalah anda.
Kasut Air: Merupakan kasut yang
dipakai semasa berkayak.Tidak sesuai untuk memakai kasut biasa atau selipar
sewaktu berkayak.Booties bertujuan melindungi kaki dari terpijak benda tajam di
dalam air.
Kompas: Kompas adalah sejenis alat
yang digunakan untuk menentukan arah sesuatu tempat.Ketepatan sesuatu kompas
adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah dipengaruhi oleh keadaan
sekeliling terutama besi dan magnet.
Topi Keselamatan: Berfungsi melindungi
kepala daripada terhantuk di permukaan yang keras.Selalu digunakan apabila
berkayak di jeram.
Tali Keselamatan: Ini boleh membantu menyelamatkan nyawa seorang kawan apabila berlaku sebarang kecemasan.
3.9 Penjagaan Peralatan
LANGKAH PENJAGAAN UNTUK KAYAK
1. Jangan duduk atas kayak
2. Jangan hempas kayak/jatuhkan
3. Jangan langgar tebing atau
batu
4. Bilas dengan air yang bersih
LANGKAH PENJAGAAN UNTUK PENDAYUNG
1. Jangan jatuhkan pendayung.(boleh menyebabkan
flip patah)
2. Mata pendayung jangan di cucuk di tempat yang
keras
3. Jangan tolak tebing dengan mata pendayung
LANGKAH PENJAGAAN SEMASA MEMBAWA KAYAK
1. Kayak diangkat ke atas bahu
2. Usungan di pinggang
3. Bawa dengan menggunakan kenderaan
LANGKAH PENJAGAAN MENAIKI KAYAK
1. Single
2. Double
LANGKAH PENJAGAAN MELANCARKAN DAN MENDARATKAN KAYAK
1. Tasik ataupun sungai
2. Laut
4.0 KESELAMATAN BERKAYAK
4.1 Punca Kemalangan
1. Kurang pengawasan (penganjur atau ibubapa) terhadap terhadap anak atau peserta yang bermain di air.
2.Tidak tahu atau kurang kebolehan untuk menyelamatkan orang yang sedang lemas.
3.Tidak mematuhi peraturan yang telah dinyatakan.
4. Kurang pengetahuan tentang aktiviti atau sukan air yang disertai.
5.Kurang kemahiran/pengalaman dari segi teknik dan pengendalian sukan yang disertai.
6.Tidak pandai berenang atau kurang mahir.
7.Melakukan aktiviti di tempat yang berbahaya.
4.2 Langkah-langkah Keselamatan
1. Patuhi peraturan-peraturan yang telah ditulis ditempat melakukan
aktiviti.
2. Jangan melakukan aktiviti bersendirian tanpa ada teman.
3. Ketahui had kemampuan diri masing-masing.
4. Jika melibatkan diri dengan sukan air, pelajarilah dari meraka (jurulatih) yang bertauliah.
5. Pelajari teknik-teknik yang perlu sebelum melakukan sebarang aktiviti.
6. Sentiasa menggunakan life jacket semasa aktiviti dijalankan.
4.3 Panduan Langkah Keselamatan
MEMAKAI
LIFE JACKET: Meskipun perjalanan berkayak kebanyakan dilakukan di sungai yang dangkal
dan berarus tenang, ada kemungkinan kecelakaan terjadi kerana terlanggar
batu atau dasar sungai, batang pohon yang tenggelam.Life Jacket adalah
terpenting untuk di pakai sebelum kita duduk di kokpit kayak dan mulakan
aktiviti kayak.
MEMBUAT FLOAT PLAN: Jika kita merancang untuk berkayak,
seseorang harus tahu apabila kita mengalami perkara buruk semasa aktiviti, dan
salah satu cara yang terbaik adalah memberitahu seorang kawan atau keluarga
anda terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti.
JUJUR TERHADAP DIRI SENDIRI: Memahami kemampuan dan keterbatasan diri
sendiri sangatlah penting.Anda harus jujur terhadap diri sendiri dan jujur
terhadap rakan seperjalanan. Hidup anda dan teman seperjalanan anda sangat
tergantung bagaimana memahami kemampuan masing-masing
4.4 Isyarat dan Komunikasi
Berhenti:
-Kedua-dua tangan memegang dayung secara melintang.
-Dayung diangkat melepasi paras kepala.Ia bertujuan untuk mengarahkan pedayung berhenti.
Rafting/Berakit
-Dayung diangkat tegak di atas.Ia bertujuan unmtuk mengumpul semua
pedayung dalam satu kumpulan.
Arah Pergerakan
-Apabila pedayung diarahkan ke kiri, ia bermakna semua kayak perlulah
bergerak ke kiri dan begitulah sebaliknya.
Kecemasan
-Dayung diangkat
tegak ke atas dan lambaikan ke kiri dan kanan kayak.Ia bertujuan untuk menarik perhatian rakan bagi mendapatkan
bantuan kecemasan.
4.5 Isyarat Menggunakan Pendayung
ISYARAT MENGGUNAKAN PENDAYUNG
1.BERHENTI
-
Untuk mengarah semua pendayung berhenti.
-
Kedua-dua tangan memegang pendayung secara melintang.
-
Dayung diangkat melepasi separas kepala.
2. BERAKIT/RAFTING
4. KECEMASAN
- Untuk menarik perhatian bagi mendapatkan bantuan kecemasan.
- Pendayung diangkatkan tegak ke atas dan dilambaikan ke kiri dan kanan kayak
5. CALL OFF
-
Untuk memanggil semua kayak pulang ke pangkalan kerana
kecemasan.
-
Pendayung diangkatkan tegak ke atas dan digerakkan ke
hadapan dan ke belakang.
5.0 TEKNIK DAN ASAS BERKAYAK
5.1 Teknik Mengangkat Kayak
Semasa anda mengangkat kayak, pastikan andan membengkokkanlutut dan
menggunakan kekuatan kaki untuk membolehkan kayak ke atas.Jangan sesekali
menggunakan kekuatan pinggang semata-mata kerana iaboleh mendatangkan
kecederaan kepada diri anda. Terdapat pelbagai caramengangkat kayak yang kita
boleh gunakan:
1.
Pikul Bahu Berseorangan
Teknik ini sesuai digunakan untuk mengangkat kayak yang ringanatau
kayak solo. Bahagian tengah ‘cockpit’ diletakkan pada bahuyang dominan bagi
mengekalkan keseimbangan kayak. Tanganyang dominan itu memegang hujung
‘cockpit’ bagi menyelaraskankeselesaan dan keseimbangan berat kayak, manakala
sebelahtangan lagi memegang pendayung.
2.
Kelelakan di Pinggang Berpasangan
Sesuai untuk mengangkat kayak yang berat atupun kayakberpasangan.
Dua orang diperlukan bagi mengaplikasikan teknikini. Pemegang mestilah berada
di hujung ‘bow’ dan ‘stern’ sertaberlawanan arah bertujuan untuk mengekalkan
keseimbangankayak sewaktu diangkat.
3.
Pikul di Bahu Berpasangan
Keadaan dan tekniknya sama seperti kelekan di pinggang.
Namunbegitu, kedudukan pengangkat mestilah selari ataupun sama arahbertujuan
untuk membolehkan mereka berkomunikasi danmengelakkan kecederaan berlaku
sekiranya kayak jatuh.
5.2 Teknik Memasuki Kayak
Teknik memasuki kayak berbeza-beza mengikut situasi kawasanaktiviti
anda. Bagi pesrta baru, ia adalah masalah utama kerana amat sukar bagi mereka
menyelaraskan pusat graviti badan semasa masuk ke dalamkayak. Kerap kali mereka
akan terbalik sebelum masuk ke dalam kayak. Antara situasi tersebut adalah
semasa berada di:
1.
Kawasan Pantai
Teknik ini khusus untuk mereka yang baru menceburi bidang kayakdan
menggunakan kayak plastik lebih lasak.
i)
Letakkan bahagian hadapan kayak di gigi air dan bahagianbelakang di
atas pasir.
ii)
Masuk ke dalam kayak.
iii)
Pastikan lutut anda menyangga ‘knee brace’, hujung kakianda menekan
‘footrest’ bagi meningkatkan lagi dayaimbangan kayak anda.
iv)
Lancarkan kayak anda ke air dengan kedua-dua tangansehingga seluruh
bahagian kayak berada di air.
2.
Kawasan Air Cetek dan Separas Lutut
i)
Letakkan kayak di atas air.
ii)
Tangan dominan memegang pendayung dan diletakkan disisi kayak.
iii)
Tangan yang memegang pendayung diletakkan di bahagianluar ‘cockpit’
dan angkat kaki anda yang hampir sekali kedalam ‘cockpit’. Jangan sesekali
letakkan berat badan andapada kayak di peringkat ini.
iv)
Luruskan kaki anda dan pada masa yang sama, sebelah lagitangan anda
memegang ‘cockpit’.
v)
Letakkan punggung anda pada tempat duduk dan pastikanimbangannya
stabil.
vi)
Selepas itu masukkan punggung anda dan masukkandengan segera ke
dalam kayak.
vii)
Angkat semula punggung anda dan masukkan sebelah lagikaki anda ke
dalam ‘cockpit’.
3.
Kawasan Air Dalam
i)
Letakkan pendayung di bahagian ‘cockpit’.
ii)
Pegang bahagian ‘stern’ dengan kedua-dua tangan.
iii)
Lonjakkan bahagian ‘abdominal’ ke bahagian ‘stern’.
iv)
Kangkangkan kai anda sehingga kedua-dua kaki andamengapit bahagian
‘stern’.
v)
Rendahkan pusat graviti dengan meniarap di atas bahagian‘afdeck’.
vi)
Capai ‘cockpit’ dengan kedua-dua tangan anda dan tarikbadan ke
arahnya.
vii)
Keluarkan pendayung dan pegang dengan sebelah tangananda.
viii)
Masukkan segera punggung anda ke dalam ‘cockpit’manakala kedua-dua
belah kaki anda masih lagi di luar menghala ke hadapan kayak.
ix)
Kekalkan keseimbangan badan anda dan kemudiannyabawa kedua-dua
belah kaki masik ke dalam ‘cockpit’.
4.
Masuk ke Dalam Kayak Secara Berpasangan
i)
‘Sternman’ memgang kayak dan mengimbanginya.
ii)
Pendayung diletakkan di bahagian ‘cockpit’ belakang.
iii)
‘Bowman’ keluarkan pendayung dari ‘cockpit’ dan bertugasmengimbangi
kayak.
iv)
‘Sternman’ melancarkan kayak dan masuk ke dalam kayak.
5.3 Teknik Duduk di dalam Kayak
1.
Tempat Duduk
·
Punggung seharusnya berada di atas bahagian tengah tenpat duduk.
Pastikan tempat duduk sesuai dengan saiz punggung bagi mengelakkan ketidakseimbangan
kayak.
2.
Lutut
·
Duduk dengan menyangga lutut pada knee brace.
·
Mengekalkan keseimbangan dan mengelakkan pendayung terkeluar dengan
mudah dari kayak sekiranya terbalik.
3.
Hujung Kaki
·
Bahagian tengah tapak kaki harus diletakkan pada footrest.
·
Mendapatkan daya sokongan dari setiap bahagian badan semasa
mendayung dan mengelakkan badan menggelungsur ke hadapan apabila kayak
terhentak dengan kuat.
4.
Kedudukan Badan
·
Badan harus tegak seperti duduk di atas kerusi.
·
Pastikan kedudukan membolehkan bergerak dengan selesa ke hadapan,
belakang, sisi dan memusing tanpa hilang imbangan.
· Jangan sandar ke bahagian cockpit bagi mengelakkan kurang daya kawalan dan imbangan, juga membahayakan postur badan dan mencederakan lower back.
5.
Mata atau Kedudukan Mata
·
Memandang ke arah yang dituju.
·
Mengelakkan haluan kayak tersasar.
5.4 Teknik Memasang Penutup Cockpit (Spraycover)
Ruangan yang terletak di tengah-tengah kayak dan diantara foredeck
dan aftdeck. Ia merupakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya. Bahagian
hadapan dan belakang boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit.
5.5 Teknik Keluar dari Kayak
1.
Undurkan kayak sehingga menghampiri tebing,jeti ataupun pantai.
Pastikan bahagian stern menghadap ke darat.
2.
Pegang cockpit dengan kedua-dua tangan anda.Keluarkan sebelah kaki
sehingga mencecah dasar pasir.Angkat punggung dan hulurkan sebelah lagi kaki
anda keluar.
3.
Berdiri tegak dan pastikan kestabilan kayak.Semasa keluar di jeti,
gunakan pendayung untuk mengimbangi kayak.
5.6
Teknik Mengeluarkan Air dari Kayak
1.
Berpasangan
·
Biarkan kayak terbalik.Pegang bow dan stern bersama-sama.
·
Sekiranya terlalu banyak air dalam kayak jangan terus angkat kerana
terlalu berat.
·
Sendengkan kayak ke kiri dan angkat perlahan-lahan. Air akan keluar
sedikit demi sedikit dan akan meringankan beban
·
Terbalikkan semula kayak dan buat pergerakan
jongkang-jongkit.Lakukan berulang kali sehingga semua air keluar.
2.
Menggunakan tebing (Berseorangan)
·
Letakkan hujung bow kayak di atas tebing, anda berada di dalam air.
Terbalikkan kayak.
·
Angkat bahagian stern yang anda pegang dan lakukan teknik
jongkang-jongket.
3.
Menggunakan permukaan laut (Berseorangan)
·
Letakkan kayak dalam posisi normal di atas permukaan air.Tekan
bahagian stern sehingga semua air berkumpul di bahagiannya.
·
Dengan cepat, terbalikkan kayak dan angkat bahagian stern.
4.
Menggunakan pinggang
·
Sesuai bagi membuang air yang sedikit di dalam kayak solo
·
Buat pergerakan yang sama seperti mangangkat kayak solo ke bahu.
Letakkan bahagian tengah cockpit di belakang badan anda.
·
Sentiasa bengkokkan lutut bagi mengelakkan kecederaan. Lakukan
teknik jongkang-jongket sehingga semua air keluar.
5.
Sideways berpasangan
·
Bagi membuang air yang terlalu banyak dari dalam kayak.
·
Secara berpasangan, sendengkan kayak anda ke sisi.Biarkan air
keluar dari kayak.
·
Terbalikkan kayak, buat pergerakan jongkang-jongket bagi
mengeluarkan semua air.
6.0 TEKNIK ASAS DAYUNGAN
6.1 Saiz Pendayung (Paddle) yang Sesuai.
·
Mestilah sesuai dengan ketinggian
·
Berdiri tegak,letakkan pendayung secara menegak di atas permukaan tanah.
·
Tegakkan tangan ke udara. Hujung jari mestilah dapat menggengam
mata dayung yang berada di atas.
6.2 Teknik Dayungan Asas
1)
Dayungan ke hadapan (Forward Stroke)
·
Firming
Badan bengkok
sikit ke hadapan, torso kanan digerakkan kehadapan, jangkau mata dayung
kehadapan sejauh yang boleh. Tangan kiri dibengkokkan separas bahu.
·
Catch
Jangkau sejauh
mungkin dan benamkan mata dayung dalam air.
·
Pull/Draw/Power
Gerakkan torso
kanan ke belakang dan tangan kanan tarik mata dayung ke belakang. Tarik
pendayung sampai ke sisi pinggang.
·
Exit
Keluarkan mata
dayung dari air, pergelangan tangan kanan putar batang pendayung ke atas agar
menghadap air. Masukkan pula mata dayung kiri ke dalam air. Tolak air.
2)
Dayungan mengundur
·
Catch
Pusingkan torso
kanan ke arah stern. Jangkau sejauh mungkin dan benamkan mata dayung dalam air.
·
Push and exit
Tolak mata
dayung ke hadapan bahagian kiri dan kanan secara berulang kali.
3)
Berhenti
·
Kayak yang bergerak ke hadapan: dayungan mengundur yang pantas.
Kayak yang bergerak ke belakang: dayungan ke hadapan yang pantas.
4)
Dayungan sapuan hadapan
Untuk memusingkan dan membetulkan haluan kayak yang tersasar.
·
Catch
Tangan kiri
pegang neck dan kanan pegang tengah-tengah batang dayung. Tangan kanan jangkau
ke depan sampai mata dayung bersebelahan bow.
·
Pull
Benamkan mata
dayung dalam air. Tarik mata dayung ke belakang.
·
Sweep
Tangan kanan
lurus menarik pendayung sehigga stern. Tangan kiri tolak batang pendayung
hingga sebelah kanan kayak
·
Exit
Keluarkan mata
dayung dari air apabila menghampiri bahagian stern. Ulang teknik.
5)
Dayungan sapuan kebelakang
·
Berlawan kaedah teknik dayungan ke hadapan.
·
Pendayung didayung dari bahagian stern ke hadapan bow; tak perlu
tukar arah mata dayung.
6)
Dayungan sapuan gabungan
·
Gabungan teknik dayungan sapuan ke hadapan dan ke belakang,
dilakukan berselang-seli.
7)
Dayungan sisi
·
Menggerakkan kayak ke sisi dengan mudah-untuk merapatkan kayak ke
tebing/jeti/ rafting.
8)
Teknik imbangan
·
Teknik kawalan imbangan rendah (slap for support low recovery)
Hanya belakang permukaan dayung menepuk air. Pendayung berkedudukan melintang
separas pinggang.
·
Teknik kawalan imbangan tinggi (slap for support high recovery)
Pendayung berkedudukan melintang tinggi separas dada pendayung. Jika kayak
hilang keseimbangan di bahagian starboard, jangkau tangan kanan jauh sikit dari
kayak. Tampar permukaan air dengan kuat menggunakan belakang pendayung,
lentikkanbahagian belakang anda ke sebelah kiri dengan segera.
9)
Rocking
·
uji daya imbangan. Duduk dalam kayak dengan sanggaan kaki yang
kemas. Goyangkan badan ke kiri dan kanan bagi membiasakan diri dengan kocakan
air semasa mendayung.
10)
Berakit
·
Pendayung merapatkan kayak. Semua pendayung memegang cockpit kayak
yang bersebelahan dengannya.
7.0 TEKNIK MENYELAMAT AIR
I.
Jika kayak akan terbalik, luruskan kaki dan keluar dari kayak
dengansegera. Dalam situasi ini cuba capai mana-mana dari bahagian kayak
II.
Jika kayak tidak dipenuhi air, secara serentak kedua-dua peserta
mestilahmengangkat kayak sedikit dari paras air dan menolak tangan
denganpantas. Ini akan membetulkan kedudukan kayak.
III.
Seorang peserta akan menjaga stabiliti kayak sementara rakannya
akancuba untuk memanjat untuk menaiki kayak. Setelah rakan depan (bowman)
berada di dalam kayak, rakan belakang(sternman) akan mula memanjat kayak.
8.0 DISIPLIN KEPELBAGAIAN KAYAK
8.1 Disiplin
Kayak : Kayak Perlumbaan Pecut / Canoe
Sprint Racing
Pecut kano berlangsung di
jalan air rata dan perlumbaan dipertandingkan oleh dua jenis perahu, kanu (C)
dan kayak (K). Dalam sampan, pengayuh bersaing dalam posisi melangkah
menggunakan dayung pisau tunggal, berbeza dengan dayung berbilah dua yang
digunakan dalam posisi duduk di kayak. Di peringkat antarabangsa, disiplin ini
dipertandingkan pada jarak empat dari 200m hingga 5000m, secara individu dan
pasukan sehingga empat. Setiap disiplin dikategorikan mengikut jenis kapal,
jumlah pesaing kapal, jantina, dan jarak perlumbaan.
8.2 Displin Kayak : Slalom
Slalom adalah sejenis bentuk Kano
yang muncul di Sukan Olimpik. Pelumba berusaha untuk berjalan
dari atas ke dasar bahagian sungai yang ditentukan secepat mungkin, Gerbang
hijau mesti dirundingkan ke arah hilir, gerbang merah ke arah hulu. Acara
biasanya dijalankan di atas air mengikut tahap kelas, ketepatan yang diperlukan untuk mendayungnya
dengan cepat, membuat pergerakan lebih sukar daripada kesukaran air.
8.3 Disiplin Kayak :Kayak Arus Deras / Wildwater
Seterusnya ialah kayak arus deras
merupakan aktiviti kayak bagi mereka yang benar - benar mahir untuk mengendalikannya. Aktiviti
ini dijalankan di kawasan yang
berjeram dan perlu membuat persiapan
yang lengkap seperti kayak(menggunakan
kayak yang direka untuk mengatasi arus deras ) seperti pendayung , helmet, knee
pad, spary deck dan beberapa perkara yang lain perlu dirasakan dalam sesuatu
penganjuran kayak arus deras. Aktiviti kayak arus deras amat popular di
Malaysia dalam kalangan penggiat tempatan.
8.4 Disiplin Kayak : Kayak Polo/ Canoe Polo
Kayak polo merupakan salah salah satu dari kayak, dan dikenali dalam kalangan
penggemarnya iaitu “polo” . Permainan ini sangat memberi semangat yang kuat dan
mempromosikan kemahiran asas dan teknik lain. Kayak yang digunakan berbeza
dengan kayak yang biasa kerana ia direka supaya menjadi lebih ringan dan laju
untuk pergerakan yang cepat.
9.0 PENGENALAN ORIENTEERING
9.1 Pendahuluan
Orientering merupakan berasal dari perkataan Sweden iaitu melintasi
medan yang tidak dikenali dengan di bantu peta dan kompas. Orienteering juga
merupakan sejenis sukan memerlukan
imbangan diantara fizikal dan mental yang baik. Orientering merupakan peta ,
hutan dan adventure. Sukan ini boleh digabungkan antara suka dengan merentas
desa (cross-country), pandu arah dan acara untuk mencari harta karun dan kaedah
mainan dan pertandingan yang lain dan menyediakan eksplorasi ,cabaran dan
risiko yang tersendiri.
9.2 Sejarah Perkembangan Orienteering Global
Orienteering mula diperkenalkan di Sweden pada tahun 1918 di kalangan tentera dan kemudiannya Major Killander mempopularkan sukan orienteering kepada orang awam. Pada tahun 1961, Persekutuan Orienteering Antarabangsa ( IOF) ditubuhkan dengan keahlian 10 buah negara dan kejohanan dunia telah dianjurkan oleh poihak yang terbabit iaitu World Orienteering Championships dan lain -lain . Acara Orienteering ini telah dianjurkan oleh O-Ringen yang melibatkan penyertaan yang terbesar di dunia. Orientering telah mengikut model Killander yang merangkumi iaitu memerlukan daya ketahanan, stamina ,kecekapan berlari ,kekuatan mental yang kuat serta penggunaan skil navigasi dalam bentuk kaedah yang mencabar.
9.3 Sejarah Perkembangan Orienteering Moden
Mula diperkenalkan di negara ‐negara Scandinavia pada awal abad ke
19. (Denmark, Norway and Sweden ) Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah
mengubahsuai menjadi sukan yang lebih berdisiplin, berperaturan dan diterima
ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”. Orienteering Model
Killander merangkumi : Memerlukan daya ketahanan, Stamina, Kecekapan berlari
dan kekuatan mental.
9.4 Perkembangan Orienteering di Malaysia
Orienteering mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya
Persatuan Orienteering Pulau Pinang pada tahun 1983. Pada tahun 1986, Persatuan orienteering Selangor
dan Wilayah Persekutuan – WOA ditubuhkan. Pada tahun 1988, WOA buat julung
kalinya telah berjaya mengadakan Kejohanan orienteering Terbuka Malaysia pada
tahun 1988.Kejohanan Orienteering Terbuka Malysia (MOOC) yang pertama juga
telah diadakan pada tahun 1988. Malaysia telah bergabung dengan IOF pada tahun
1992 melalui WOA. Penubuhan tersebut yang merangkumi Kedah,Johor,Terengganu,
Selangor Wilayah Persekutuan pada tahun 1994 manakala MOA Caw Pulau Pinang
telah ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai satu badan yang mewakili Orienteering
di Malaysia.
9.5 Jenis Orienteering
Kaedah yang dijalankan ialah
Orienteering Merentas Desa (Cross Country Orienteering). Di dalam acara ini,
peserta mesti melawat kesemua
titik-titik kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta
tidak melawat salah satu titik kawalan tersebut maka ia terbatal. Orienteering
ini biasanya dijalankan dikawasan rupa bumi pelbagai jenis.
Seterusnya ,Orientering
bermarkah (score orienteering) iaitu mempunya titik kawalan yang menentukan
jarak dan kesukaran teknikal,peserta bebas memilih titik kawalan yang dilawati.
Ia adalah untuk mengumpul mata yang banyak dengan mengambil masa yng telah
ditetapkan.
Orienteering Jalanraya
(Street orienteering) dikenali orienteering jalan raya yang agak tidak sibuk
dan ia dilakukan kawasan perumahan. Penanda kawakan ini tidak digunakan oleh
peserta yang mencatat maklumat dan sebagainya.
Orienteering Bukit
(Mounting Orienteeering) dijalankan
kawasan berbukit yang mempunyai jarak yang agak jauh. Peserta yang
berpengalaman dan mempunyai tahap fizikal yang tertinggi dalam acara berbukit yang agak mencabar.
Orienteering Malam (Night
Orienteering) iaitu ia dijalankan di
Kawasan yang terbuka seperti taman yang mempunyai jarak lansadan yang pendek
dan diberikan masa yang terhad. Peserta juga dikehendaki membawa lampu untuk
membaca peta dan penanda kawalan.
Orienteering
Berganti-Ganti (Relay orienteering) ialah acara yang dilakukan secara
berpasukan. Setiap pasukan akan menamatkan landasan uang telah ditetapkan dan
landasan berbeza.
9.6 Kebaikan sukan Orienteering
Kebaikan sukan orienteering ialah
sukan orienteering sukan untuk semua
dan untuk meningkatkan kecergasan fizikal. Selain itu, ia juga untuk
meningkatkan keceergasan mental serta memberi daya tumpuan yang baik. Dengan
adanya sukan ini, ia dapat meningkatkan kemahiran pembacaan peta dan kompas dan
mempunyai sifat keberanian dan ketenangan dalam waktu cemas sekali gus dapat
membina sikap positif dan keyakinan diri yang kukuh .
10.0 TERMINOLOGI DAN ALATAN ORIENTEERING
Titik Kawalan (Control Point)
Titik kawalan adalah satu kedudukan yang telah ditentukan yang
perlu dilawati oleh setiap peserta. Kedudukan ini merupakan ciri-ciri
semulajadi atau buatan manusia di mana ciri-ciri tersebut mestilah terdapat
atau telah dilukiskan di dalam peta yang akan digunakan. Kedudukan
ini bolehlah dianggap sebagai titik pemereksaan (check ponits) tetapi apa yang
menarik ialah kedudukan tidak dikawal atau tidak dijaga oleh sesiapa.
Penanda Kawalan (Control Marker)
Bagi membantu dan menentukan para peserta tiba di titik kawalan
yang betul, satu penanda yang khas iaitu penanda kawalan digantung pada setiap
titik kawalan. Setiap penanda kawalan mempunyai kod kawalan iaitu dalam bentuk
nombor atau huruf atau kombinasi nombor dan huruf. Setiap kod untuk penanda
kawalan adalah unik iaitu tidak ada penanda kawalan yang mempunyai kod yang
sama. Kod ini bertujuan untuk memastikan peserta tiba di titik kawalan yang
betul. Di setiap penanda kawalan ini, sebuah penebuk (puncher) turut
digantung bersama. Setiap penebuk yang juga unik ini adalah digunakan untuk
menebuk kad kawalan setiap peserta.
Kad Kawalan (Control Card)
Sebagai membuktikan peserta telah melawati setiap kawalan, setiap
peserta perlu membawa bersama kad kawalan yang disediakan oleh penganjur.
Antara butiran yang terdapat di dalam kad kawalan adalah masa mula dan masa
tamat peserta yang akan dicatatkan oleh pengelola atau penjaga masa. Apabila
tiba di suatu titik kawalan, peserta perlu menebuk kad kawalan ini di ruangan
khas dengan menggunakan penebuk yang tersedia bersama penanda kawalan. Kad ini
perlu diserah kepada penjaga masa apabila peserta tiba ditempat penamat untuk
dicatitkan masa.
Peta utama (Master Map)
Peta utama adalah peta yang menunjukkan landasan (course) yang akan
digunakan oleh para peserta. Landasan tersebut perlu disalin ke atas peta
peserta sebaik sahaja tiba masa untuk memulakan acara. Perhatian perlu diberi
ketika menyalin agar tidak ada berlaku kesilapan kerana jika peserta tersalah
tanda kedudukan titik kawalan di atas peta beliau, ini boleh menyebabkabkan
peserta tidak akan menjumpai titik kawalan itu. Namum perlu di ingat bahawa
masa telahpun berjalan ketika salinan dibuat, oleh itu elakkan mengambil masa
yang terlalu lama untuk menyalin.
Keterangan Kawalan (Control Description)
Keterangan kawalan adalah satu senarai titik-titik kawalan yang
terdapat di dalam sesuatu landasan. Di dalam senarai ini terdapat butiran siri
titik kawalan, kod kawalan dan keterangan ringkas mengenai kawalan tersebut.
Keterangan ini yang mana juga perlu disalin oleh peserta sebelum memulakan
larian, bertujuan untuk memberi panduan kepada peserta untuk tiba di kedudukan
titik kawalan yang betul. Siri titik kawalan adalah menunjukkan bilangan
titik-titik kawalan yang terdapat disetiap penanda kawalan. Keterangan untuk
setiap kawalan merupakan suatu keterangan ringkas mengenai apakah ciri yang
terdapat disesuatu kawalan itu.
Landasan (Course)
Landasan merupakan satu kumpulan titik-titik kawalan yang perlu di
lawati mengikut susunan tertentu. Landasan dilukis di atas peta utama yang
merangkumi semua kedudukan titik-titik kawalan, titik permulaan dan titik
penamat. Setiap titik kawalan ditanda dengan tanda dengan tanda bulatan, titik
permulaan ditanda dengan tanda tiga segi dan titik penamat di tanda dengan
tanda dengan bulatan dua garisan.
Garisan lurus yang dilukis menghubungi setiap titik adalah sebagai
panduan arah pergerakan kepada peserta. Walau bagai mana pun, adalah terpulang
kepada peserta untuk menentukan pergerakkannya samada akan mengikuti arah
garisan tersebut (ini bermakna mengikut arah kompas sepenuhnya) atau
menggunakan laluan lain yang difikirkan lebih mudah dan pantas.
Jarak sesuatu landasan adalah dikira dari titik permulaan melalui
kesemua titik-titik kawalan mengikut garisan lurus yang telah dilukiskan
sehinggalah ke titik penamat, di mana ukuran dari satu titik penamat, di mana
ukuran dari satu titik ke satu titik yang lain dibuat adri tengah-tengah setiap
tanda.
11. PETA
11.1 Jenis-jenis Peta
Peta ialah suatu lukisan bagi gambaran
bentuk muka bumi bagi sesebuah kawasan yang dapat dilihat dari udara. Fungsinya
pelbagai, antaranya ialah peta digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu
permukaan bumi dan menunjukkan pola sesuatu tempat. Selain itu, peta juga
digunakan untuk menentukan arah serta jarak sesuatu tempat. Terdapat pelbagai
jenis peta dengan kegunaan yang berbeza- beza. Antaranya ialah:
a. Peta
topografi
Peta ini
mengandungi maklumat topografi untuk mengetahui kepelbagaian struktur bentuk
permukaan bumi .
(Lihat lampiran 1)
b. Peta
statistik
Peta ini
mengandungi kepelbagaian data dan maklumat yang menunjukkan jumlah purata
keseluruhannya. Contohnya seperti peta statistik jumlah penduduk di sesuatu
kawasan.
(Lihat lampiran 2)
c. Peta panduan
jalan raya
Peta ini
digunakan untuk menunjukkan kedudukan jalan raya dan komponen- komponen yang
terdapat di sekitar jalan raya.
(Lihat lampiran 3)
d. Peta Atlas
Peta ini menunjukkan tempat- tempat di bumi atau pada kawasan- kawasan
tertentu. Dikenali sebagai peta dunia.
(Lihat lampiran 4)
e. Peta
orienteering
Peta ini digunakan khas bagi aktiviti orienteering.
(Lihat lampiran 5)
11.2 Kandungan Peta Orienteering
Seperti yang diterangkan di atas, peta orienteering digunakan khas bagi aktiviti orienteering sahaja bagi mengetahui seluk- beluk perjalanan orienteering itu. Antara perkara- perkara penting yang terkandung dalam peta tersebut ialah:
a. Tajuk Peta
Dalam peta tersebut perlu dinyatakan tajuk peta atau lokasi tempat yang akan dituju untuk menjalankan aktiviti orienteering.
b. Arah Utara
Tanda arah utara ini penting untuk memudahkan peserta orienteering menggunakan peta sepanjang aktiviti tersebut berlangsung. Arah utara tersebut mestilah terletak selari dengan bahagian tepi peta.
c. Skala
Peta yang dilukis perlulah mengikut skala nisbah piawaian IOF. Skala yang digunakan mestilah bersesuaian dengan permukaan tanah lokasi orienteering. Skala yang biasanya digunakan adalah seperti, 1: 5000 atau 1: 10000 atau 1: 15000
d. Petunjuk Peta
Petunjuk peta seperti gambar atau lukisan beserta warna- warna khusus bertujuan memudahkan peserta orienteering memahami peta sebagai rujukan perjalanan aktiviti tersebut. Simbol- simbol dan warna- warna yang digunakan adalah berdasarkan standard yang telah ditetapkan oleh IOF.
e. Sela Kontor
Sela kontor ialah jarak di antara dua garisan kontor dalam peta. Sela kontor ini juga merujuk piawaian IOF, pada kebiasaannya menggunakan ukuran 5 m di atas tanah.
f. Garisan- garisan Utara / Garisan Merideien / Garisan Panduan
Garisan- garisan ini ialah garisan- garisan tegak melintang yang menunjukkan arah utara. Garisan- garisan ini bertujuan memudahkan peserta melaraskan kompas di atas peta.
g. Kredit
Bahagian ini
bertujuan menyatakan beberapa maklumat sebagai tanda penghargaan kepada mereka
yang terlibat dalam penghasilan peta tersebut. Antara maklumat yang dinyatakan
ialah nama jurukur, nama juru kartografi, tarikh ukuran, tarikh kartografi,
tarikh cetakan, hak cipta, dan penaja atau kerjasama.
11.3 Warna- warna dalam Peta
Warna sangat memainkan peranan penting
dalam peta. Ini kerana warna- warna tersebut dapat membantu peserta
orienteering dalam memahami peta dan trek aktiviti tersebut. Terdapat beberapa
warna khas yang telah ditetapkan dalam lukisan simbol peta merujuk piawaian IOF. Warna- warna tersebut ialah:
·
Hitam – Bagi objek berciri-cirikan buatan
manusia.
·
Biru – Bagi sesuatu yang berciri- cirikan
air.
·
Perang – Bagi lukisan yang mempunyai ciri-
ciri kontor dan jalan raya.
·
Putih – Bagi keadaan tumbuhan atau
perhutanan, cara pergerakan ialah berlari
·
Hijau – Bagi keadaan tumbuhan atau
perhutanan, cara pergerakan ialah berjalan
·
Kuning – Bagi keadaan tumbuhan atau
perhutanan, cara pergerakan ialah terbuka
11.4 Bentuk Muka Bumi
Terdapat beberapa bentuk muka bumi atau disebut
bentuk kontor yang dinyatakan dalam peta bagi membantu peserta orienteering
dalam melancarkan perjalanan dan pergerakan mereka semasa menjalankan aktiviti
tersebut.
a. Susuh Bukit
(Spur)
Kawasan
susuh bukit ini merupakan kawasan yang sebahagian tanahnya menganjur keluar
dari kawasan tanah tinggi iaitu bukit.
b. Ceruk
(Re-entrant)
Ceruk ialah kawasan yang sebahagiannya melengkung ke
dalam di kawasan tanah tinggi iaitu berlawanan dengan kawasan susuh bukit.
c. Permatang
(Ridge)
Kawasan
permatang ialah kawasan puncak antara dua tebing yang panjang yang
menghubungkan beberapa kawasan tanah tinggi.
d. Knol
Knol ialah
kawasan bukit kecil yang boleh dilihat di mana- mana sahaja.
e. Pelana
(Saddle)
Kawasan
lekukan yang berada di antara dua tanah tinggi.
12. KOMPAS
12.1 Jenis Kompas
Kompas ialah suatu alat yang digunakan
untuk menunjukkan arah mata angin. Terdapat pelbagai jenis kompas berhubung
dengan era kemajuan dan kemodenan dunia pada hari ini. Antaranya ialah:
·
Kompas Analog
- Merupakan kompas biasa yang umum yang boleh didapati di kedai- kedai biasa. Kadar akurasinya tidak begitu baik.
·
Kompas Bidik / Kompas Prisma
- Kompas ini
sesuai digunakan oleh pendaki gunung dan pengembara.
·
Kompas
Silva / Kompas Orienteering
- Kompas ini digunakan khas bagi aktiviti
orienteering. Mempunyai badan yang lut sinar dan digunakan bersama peta
orienteering.
·
Kompas Digital
- Kompas ini sesuai digunakan oleh mereka
yang melakukan aktiviti menjelajah hutan, mendaki gunung dan sebagainya. Berbentuk
digital.
·
Kompas Kiblat
-
Kompas ini digunakan khas bagi umat Islam
yang ingin menunaikan solat atau membina masjid atau surau bagi menentukan
kiblat.
·
Kompas Solid State
- Kompas ini merupakan kompas yang terkandung
dalam telefon pintar kini dan beberapa alatan lain yang menyerupai bentuk
kompas seperti jam tangan.
12.2 Kegunaan Kompas Orienteering
Kompas merupakan alat yang sangat penting dalam aktiviti orienteering. Terdapat beberapa kegunaan kompas ini dalam aktiviti tersebut. Antara kegunaannya ialah:
- Menentukan arah perjalanan.
Ini merupakan fungsi utama kompas, sama ada kompas orienteering atau mana- mana jenis kompas.
- Melaraskan peta
Melaraskan kompas pada arah utara peta.
- Mengira jarak jauh
Peserta orienteering dapat mengira jarak jauh dengan adanya kompas dengan merujuk skala yang telah ditetapkan dalam peta.
- Menentukan arah laluan balik
Apabila peserta aktiviti tersebut menghadapi halangan sepanjang berada di trek orienteering itu, mereka boleh merujuk kompas serta peta untuk mengenal pasti laluan bagi mengatasi masalah halangan mereka.
- Membantu menunjukkan lokasi kita berada dalam peta
Peserta
orienteering boleh mengetahui keberadaan mereka menggunakan kompas dan peta.
12.3 Anatomi Kompas Orienteering
Komponen kompas orienteering atau kompas silva agak berbeza dengan kompas biasa. Terdapat tiga bahagian utama dalam kompas ini, iaitu:
1. Plat tapak yang lut sinar.
2. Perumah kompas yang oleh berputar.
3. Jarum magnet yang berada di dalam perumah kompas.
13. TEKNIK- TEKNIK ASAS ORIENTEERING
Terdapat beberapa teknik asas yang perlu diketahui dan dikuasai oleh
para peserta aktiviti orienteering ini. Antaranya ialah:
1) Teknik Melaras Peta
Peserta
perlu sentiasa melaraskan peta ke arah utara untuk membetulkan dan memastikan
kedudukan peta bersamaan dengan kedudukan muka bumi sekeliling. Terdapat dua
cara untuk melaraskan peta ke arah utara:
1. Menggunakan
kompas
2. Memerhati berpandukan kedudukan ciri- ciri muka bumi sekeliling.
2) Teknik Susur
Tangan (Handrails)
Peserta
aktiviti orienteering perlu memilih jalan yang bercirikan garisan ( line
feature) dan mudah dikenal pasti serta jalan itu di atas tanah. Contoh jalan
yang bercirikan garisan ialah lorong kaki, pagar, sungai dan sebagainya. Teknik
ini dilakukan sebagai panduan pergerakan
terutamanya bagi mereka yang masih baru dalam aktiviti tersebut. Sebelum
memulakan perjalanan, pesrta dinasihatkan memerhati dan mengikuti ciri jalan
yang paling sesuai dan memudahkan mereka untuk sampai ke destinasi.
3) Teknik Titik
Sasaran
Teknik ini digunakan apabila peserta orienteering ingin memilih untuk menggunakan laluan lain sama ada menggunakan panduan pergerakan ciri garisan atau sebaginya tetapi tanpa menggunakan arah kompas. Peserta perlu membetulkan atau mengubah arah pergerakan mereka dari semasa ke semasa untuk tiba di titik kawalan. Kemudian, peserta perlu memastikan satu siri untuk dijadikan titik sasaran sebagai panduan. Antara ciri yang boleh digunakan untuk membuat titik sasaran ialah selekoh jalan, sungai, penjuru pagar dan sebagainya. Pemilihan titik sasaran yang paling hampir dengan lokasi yang ingin dituju amat penting. Teknik ini juga biasanya digunakan bersama teknik susur tangan.
4) Relokasi
Teknik ini
digunakan apabila peserta berasa ragu- ragu dengan kedudukan mereka atau untuk
mereka yang tersesat. Perkara yang perlu dilakukan ialah:
1. Peserta
perlu tenang, tidak gelabah dan tidak merayau ke mana- mana.
2. Kemudian,
peserta perlu cuba melaraskan semula peta ke arah utara dan memerhati ciri- ciri sekeliling kemudian
dibandingkan persamaan dengan ciri dalam peta.
3. Jika masih
tidak berjaya mendapatkan kedudukan, maka peserta perlu cuba mengingati ciri
terakhir yang dilaluinya yang terdapat dalam peta.
4. Jika masih
tidak berjaya, maka perhatikan ciri garisan yang hampir dan jelas kemudian
dapatkan kedudukan peserta dan terukan perjalanan hinga ke titik kawalan.
5. Tetapi, jika
masih sesat, mintalah bantuan sesiapa yang dijumpai atau kembali ke titik
permulaan.
14.
DISIPLIN KEPELBAGAIAN SUKAN ORIENTEERING
14.1 Disiplin Orienteering Merentas Desa
( Cross- Country Orienteering)
Para peserta yang mengikuti pertandingan
ini perlu melawat semua titik kawalan mengikut aturan yang telah ditetapkan.
Sekiranya peserta didapati tidak menyempurnakan salah satu titik kawalan
tersebut, penyertaan akan dianggap terbatal. Aktiviti ini biasanya dilakukan di
kawasan yang mempunyai permukaan yang berbagai- bagai.
14.2 Disiplin Orienteering Bermarkah (
Score Orienteering)
Aktiviti ini bermatlamatkan pengumpulan
mata yang banyak dalam masa yang terhad iaitu 60 minit. Setiap titik kawalan
telah disediakan markah- markah tertentu mengikut tahap kesukaran titik
tersebut. Para peserta tidak perlu melawat kesemua titik kawalan sebaliknya
mereka perlu merancang dengan teliti untuk melalui mana- mana titik kawalan
kerana masa adalah terhad. Jika peserta
melebihi masa yang ditetapkan, mereka akan dikenakan penalti.
14.3 Disiplin Orienteering Bukit (
Mountain Orienteering)
Acara ini dijalankan di kawasan yang
berbukit dan landasannya juga kebanyakannya sangat jauh serta mencabar. Adapun
acara ini juga dilangsungkan melebihi satu hari yang memerlukan para peserta
untuk bermalam dan membawa pelbagai peralatan. Oleh itu, acara ini lebih
terbuka kepada mereka yang lebih berpengalaman kerana acara ini memerlukan
penguasaan pelbagai teknik dan mempunyai tahap fizikal yang tinggi.
14.4 Disiplin Orienteering Berganti-
ganti ( Relay Orienteering)
Acara ini merupakan acara berkumpulan, iaitu tiga hingga empat orang dalam satu kumpulan. Setiap peserta dalam satu kumpulan akan melalui landasan yang berbeza. Setiap peserta perlu menyelesaikan landasan masing- masing sebelum digantikan dengan rakan sepasukannya yang lain.
LAMPIRAN
Lampiran 5
RUJUKAN
http://ramoaz-kayak.blogspot.com/2010/07/perkembangan-kayak-di-malaysia.html
http://cintaeiyda.blogspot.com/2012/01/kayak.html
https://soleh7577.wordpress.com/peraturan/
http://hamzahzakaria91.blogspot.com/2010/09/kelas-amali-kayak.html
https://www.google.com/amp/s/pdfslide.tips/amp/documents/pengenalan-asas-kayak.html
http://saudagaroutdoor.blogspot.com/p/asas-kayak.html?m=1
https://fdokumen.site/document/pengenalan-kayak.html
https://www.ruangguru.com/blog/jenis-jenis-peta-dan-penggunaannya
http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/peta-orienteering.html
http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/kompas-orienteering.html
http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/teknik-asas-orienteering.html
http://ipgktb.edu.my/krs/sumber/Nota%20asas%20ringkas_Orienteering.pdf
http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/jenis-jenis-orienteering.html
Comments
Post a Comment